Thursday, September 30, 2010

pahala solat subuh


assalamualaikum wbt...



hohoho.... sunyi sepi ag pg nih... xdop sapo ag yang bangun kat umah nih... pg tadi bangun awal sebab mau bersahur...posa ganti x abih lagi niehhh... hohoho.... org len nk abih dah.. ader yg dah abeh dah pom... then,sahur lah eden ngan dak ima... makan nasik... hehehhe... nasik ngan sambal ikan biliss dalam tin.. even soo simple like that.. konyang bangat sehhh... huhuhuhu alhamdulillah.. pagi2 buta dah makan nasik... klu x makan xdop tenaga lah pulop kang...

ok, setelah beberapa hari membizikan diri.. ai nih leh relex sikit.... so, sempat lah nk mengepost entry baru... tetiba ai nih nk bagi tazkirah subuh... thus, pakat2 kita hayati nooo... buat bekalan di hari muka... sbg iktibar untuk saya sendiri n u all... INSYAALLAH...

Ganjaran pahala solat Subuh mengatasi keindahan dunia

RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim)

Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta’arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari. Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit.

Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya.

Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau ‘Subuh gajah’, iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.

Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.

Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: “Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).” (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)

Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.

Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT. Allah SWT berfirman maksudnya: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi, ayat 28)

Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: “Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”

Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh? Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?

Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.” (Hadis riwayat Muslim).

Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.

Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Bukhari). Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.

Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak

terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)

Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh.

Sumber : Berita Harian (25 Mei 2007)

SO, dah tahukah apakah peranan kita sebagai seorang muslim n muslimah sejati???? MasyaALLAH, banyak nya jaminan yg dijanjikan oleh ALLAH SWT.... xmau kah kita merebutnya... sayang sekali , suatu benda yg mudah saja jika kita mahu kerjakan.. namun... dibuat endah tak endah... pahala yg ALLAH swt tawarkan... senang sangat untuk direbut.... tp, kenapa kita masih ragu2 dengan ganjaran yang dijanjikan????

kenapa yaa?? azan subuh xpukul 6 ag dah bunyi.. tp.. ada sesetengah tuuu.. nk tunggu kul 7 gak... baru nak bangun... apa salahnya bangun solat subuh awal2.. then, nk sambung tido ka, apa kaa.. lantak pi lahhhh... aduihhhh.. kita nih kang besau2 dah sumerrr... awat yg dok buat macam dah skolah tadika yg perlu dikejut subuh.. klu terlajak tido sekali 2 tuu xpa lagi.. nih.. macam buat rutin harian jaa... solat subuh pukul 7.. aduihhhh... sy pom bukan manusia yg perfect... pernah jaa terlewat bangun.. tp.. kita kna lah ambik iktibar dari dosa2 lalu... bergesa2 lah dalam menunaikan solat subuh...

YA ALLAH SWT, banyak nya dosa aku.. ampunilah aku YA ALLAH...



Saturday, September 25, 2010

kenaling n debbarrr

assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..

dalam kekalutan pagi yg indah ini,, menyempatkan diri untuk post sumting di blog... mana tau kan, kot2 ini kata2 akhir sebelum pergi meninggalkan dunia yg fana ini... hohoho...

sekarang sedang bersiap nak pi usim... ada competition di sana... naik bus kol 8.30 am klu ikot jadualnya.. bus nk datang pukul berapa tu xtau lah.

being as 1st presenter membuatkan jantung nih berdegup2 kencang sejak petang semalam lagi.. huaahauahauahua...

aduyai... makin diingat pasal nih, makin kencang dia berdegup..hohohoooo...
berat gak rasanya task yg diberikan ini... tanggungjawab yg harus dipikul... seperti mengangkat bebanan yang sangat besau... huaaaaaaaaaaa... apo2 pom,,, as usual, life must go on... juz do it syahida farhan... klu tak try tak tahu kan... motibasi diri... i have to motivate my self, baru keberanian tu keluar... huagaggagaga...

apo nak jadi, jadi lah noo... dihentam kaa, kna kelentong kaaa... apa kaaa... juz face it... experience make u matured, make u learnd sumting from the past sin... make u confident for the nex... wakakakakaka.... betoi ka tu syida???? yer dah rasanyaa.. hehehhe..

wokeh.. got to go now, doakan saya noo... xmengharapkan bawak balik medal... tp sy harap sy selamat sampai ke sana n balik UniMAP balik.. huaa900...n lagi saya kutip sebanyak2 nya ilmu dari sana... nk jumpa orang2 hebat.. hihihi... i like... okess... full stop here... daaaaaaa

assalamualaikum wbt...

Wednesday, September 22, 2010

wahai blog

Wahai blog yg disayangi lagi dikasihi... pagi nih, di kala pg yg hening lagi sunyi, sunyi sepi, di waktu semua orang sedang nyenyak tidur...xder tempat nak luah perasaan.. so, luah lah d blog... aku sorang2 dok kat luar bilik... mengadap labtop... bukan study, tp buat kerja2 yang bertimbun yg perlu dibereskan secepat mungkin. Ader yang nk kena submit jumaat nih, report simulation, repot bioreactor lak isnin depan, brochures INOVA lg.. hadoiii... xpa syida, bereskan satu2, nanti siap lah tuuu... huaaaaaaaaaa..

Minggu selepas beraya nih sangat lah bizi... bizi dok buat experiment untuk INOVA. Dalam masa seminggu, macam2 nak kna buat... td dah pi Muhibbah, makmal bahan... ader nk buat testing di sana.. guna alat2 ppk bahan.. pagi karang lak, nk kna pi Kubang Gajah lak.. waduh3.. bukan bermaksud nk mengeluh, jauh sekali berputus asa... leteh sikit jaaa... sakit n berat kepala.. huhu .. namun, semua ini aku jadikannya pengalaman yg sangat bermakna bg aku... mungkin dengan pengalaman yg xseberapa nih aku boleh apply untuk FYP aku nanti... INSYAALLAH... moga2 kan !!!

Semoga atas segala usaha n tungkus lumus yg diberikan ini akan membuahkan hasil... sesungguhnya aku x mengharapkan kemenangan, pengalaman yang aku kutip moga boleh mengajar aku lebih tabah, kuat usaha, tekun, dan seribu satu makna yg penting dalam hidup.... huaggagagaga... serius nih...

Tension gak noo buat benda2 nih... nih baru projek kecik..kalau nanti forth year nanti, entah apo lah yang jadi... lagi tension kuasa 18 lah kot... wallaaaaaaaaaa. At least, aku telah mengalami nya, so kawan2 ku, bersedialah nooo...
Aduhai blog, mengantuk lah plak... katil memanggil2 tuuu... jom tidoq..hayyakkkk...

tp tetiba x mengantuklah plak... huggagagag...

bereskan kijaaaa cepattttttt....

xsempat menyempat nk bg salam naa ai nih....

ok,
assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

cau luuu... daaaaaaaaaaaaa

Tuesday, September 7, 2010

today is 29 ramadhan

assalamualaikum wbt...
hohohoo... wassap2 bebeh... haahaaa. rock ckit ai nh...
astaghfirullaalazim... ngucap2 syahida...
control ckit poso2 nih.. behave urself...
aduih3.. kna maroh ko diri sediri... lalalalal~~~
okesss... under control doshh.. hee~~~
assalamualaikum wbt..lagi sekali salam...
wah, dah nk raya kan... ???? 29 ramadhan dah ai nih... time running fastly... lusa dah nk raya.. yihaaaaaa.. alhamdulillah... nmpaknya ramadhan kareem semakin meninggakan kita... syawal lak bakal menjelma... tahun depan la plak bertemu ramadhan ... klu panjang umuq.!! moga sempat lg beremu dengannya,,,, amin..
okeh, it such a blast n wonderful day be at home with my beloved family, even this year gonna berhari raya wihout mat syahid beside... its okey, life must go on.. huhuhu... plus, he go there to perform is fardhu kifayah... study.. so, we at here juz can pray for him .. hopefully he can adapt with his new life there successfully.... amin.. so mat, dun play2 there noo... u ar the only son in this family only hope the best from u.. hohohooo...
since going back from uni last friday, ohhhhh... lots of things i had done.. such making kueh raya, shopping for raya, thats the best things..!!! haha.. sapa lh yg x suka shopping... shopping raya lak tuhh... gaggaga... untl now , just 3 types of biskut raya done by me, they ar tat nenas, crystall ball, n simple but delicious popia goreng.. hohohoooo... best dowhhh.. satisfied for that, but i think i gonna baking cake for tmorrow... i hope soo... lama dah x membakaq kek nih.. hayyakkk... jd ka idop x tahu lahh... wait n c naaaaa..hi90
plus, since no son anymore in this house, i think , i become the son for ummie n baba... u knw what??? since that, baba ask me n yah n wajih to angkut segala bata2 atap umah sbb nk sudahkan part dapur umah yg dah lama terbengkalai.. hoho.... naik turun tangga puloh2 kali... i hapy doing those things... even it a litle bit fatique...berguna jugak anak2 pempuan atah umah ni... gaagagagaga.. klu mat ada, gerenti mat yg dipanggil... gagagagga
lagi2, semalam, ummie suh idupkan api guna arang... mmg jarang2 lah ummie suh buat kja nih.... tp sbb anak laki dia yg sorang tuh dah tak da.... i lah ummie paggl.. hehehehe... i like... klu mat ada, dah tentu mat yg dipangil buat kija tuh... laallaal~~~ saya boleh ja buat kja umah, tp, sbb x diberi peluang.. kija2 kat dapor tu jd xberapa pandai dah nk buat... lallalala~~~
lagi2, semalam ak.. pinjam motor cousin, saja nk try2 bawak... kot2 igt lagi lah step bawak motor... wahhhh.... idop lah.. ahahaha.. sy boleh bawak motor dengan jayanya even terketaq2 lagi... laallalal.takat gear 2 jaaa pom.. kah89.... nnti nk mintak buat lesen motor lah ngan ummie.. tp, macam x bagi jaaaa.. huhuhu... keta yg dah aderlesen pom ummie x bg bawak. inikan motor... wawawaaaaaaaaaaaaaaaaa.....
pg nih, berface booking lak sat.., saja mau tengk perkembangan kawan2 ..
ok la, stop lu...
daaaaaaaaaaaaaaaa

Wednesday, September 1, 2010

balik kelate sbb nk raya

assalamualaikum wbt

hohohohoooo............. balik kampung

hohohohooooooo.......... balik kampong

hohohooooooooooooo............balik kampong

hati girangggg....

perjalannn jauh x kurasa,....

kerna hati ku melonjak samar....

ingin berjumpa sanak saudara /...

yang selalu bermain di mata.....

terbayang2 wajah yg ku sayang....

satu2 bermain di kalbu....

lalallallalalalalalalala.................


wah, sambil tulis entry nih, sambil dok dengar lagu balik kampong... uhhhoooooooooo.... wallaaaa.. sapo tak suka balik kampong... sumo orang pom suko.. nak2 lagi, balik sbb nak raya... huhu... syioknyaaaaa...

malam nih naik bus kol 9 mlm... naik bus ngan ima, akmar n hajar.... bus transsss... barang x packing ag.. well... gni sokmo klu nk kelek gak.. dilemmaa nk bawok kelek gapo.. hayyakkkk.... last minute punyer kerja lah biasanya... kakakakaka...

banyok plan nk buat gapo nati kelek nih... nk buat sekut rayoo jh serroo.. lamo dah x buat sdiri sekut rayoo... nk mitok gak ngan ummi ... moga2 ummi bagi buat sdiri.. hik89.... lag pom xder benda apo gak nk buat kat umah... baik lah sy menyalurkan bakat yang ader nih... hekhek hek hekk...

lagi2, nk praktis masak lak.. mmg xpernah pom masak time dok dumah b4 this... umi jah buat semua.. ramai dah pakak dok suh blaja masok... well, pem[uan kang.... kna lah pandai... ok, saya sahur cabaran masok laki nih... hik89.... kita tengok pao yg jadi yaaa,,,, kakakakkaka....

so, oleh yang demikian, sy syahida farhan binti azha, menyusun sepuluh jari, nk mintak maaf dari ujung tudung sapa ujung stoking, atas segala salah silap, gurau senda yg tak patut or patut, n segala2 lah.... hohohoooo.... terutama untuk kos mate sy... bioprocess engineering ... moga kita mendapat barokah dari raya kali ini.... amin.,,




sahur

assalamualaikum wbt


hohohooooo... oh sahur, ai nih eden x sempat loh nak sahur... sbb??? apo lagi, sebab terlewat bangun lah.. gagagagag... dah tido lambat.. nk bangun awai tu payoh lah cikit... azan subuh pukol 5:54, tp eden lak bangun kol 6:01.. wallaaaa.... so, apo ag.. menyesal x sudah lah.. 1st time dalam bulan posa nih x sempat sahur... huk89, cedeh2... ilang satu berkat sahur hari nih..,
lets go through this lyrics


Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan

Andai kau beroleh bahagia
Ingat itu bukan untuk selamanya
Andai kau dalam sengsara
Ingat itu bukan untuk selamanya
Hidup ini sementara

test safety n thingking-->>pasrah

assalamualaikum wbt...

hohoho... dikala ingin berbloging nih, sakit perut lah pulop naaa... hayyakkk... tp xpa, kita truskan saja .. hik89...

semalam test thingking skill n safety... aduih3.. banyak gak yang di baca tu masuk dalam soklan, n banyak gak yg dibaca tu xingat ... hoho, so, apo lagi.. seperti biaso lah, hentam tam tam lah kija ku... xdop caro lain dah... yg dok depan i masa test semalam, student laki cina... hoho.. baik penyer student, dia bg jawapan dia kat sapo saja yg mintak... hik98.. so, apo lagi.. abihlah org di sekeliling nya ambik jawapan darinya... syida x mintak ker??? hahahah, sy xsuka lah mintak2 jawapan org nih... tp, yg mana ternampak n terdengar dia cakap kat kawan2 dia tu.. ader lah ciplak2 cikit.. hehe... klu nk dapat jawapan semasa test, paling2 teruk pom, tanya kawan sebelah jaa... xder lah samapi tengok lecture note, seludup toyol.. huhuhu... takut aihh nk bukak2 lecture note n nota nih, takot tak berkat belajar... tp, ader ker yg copy n bawak masuk toyol nih???? haiushhh.. mintak di jauhkan lah... sy pom dah banyak kali di warning untuk x meniru or even bertanya kawan2 sebelah... apo yg kita stady, dan boleh di apply dalam soklan, tu lah kemampuan kita,,,, xyah nk meniru2 kan??? hik89

tu untuk soklan thingking, then after that, masuk lak test safety.. nih yang agak terkilan sikit.. dah stady dah sumer soklan yg masuk semalm,.,, tp.. still ader yg xleh jawab.. kenapa yerr????? agaknya masih x paham lagi kot apa yg dibaca.. thats y still teragak2 mcm mana nak jawab... still confuse2.. hohohooo... then balik cek soklan ngan kawan2.. huk89... sedeh aarrrrr... ader yg betoi.. yg tak betoi pom apo kurang nya.. ado jugopp...

macam mana lah nk asah otak nih kasik cergas n cerdas macam org2 lain.. kasi cekap time buat calculation, baru lah tak buat kesalahan yang sama.. hayyakkkkk....

therefore, pengajarannnya di sini,,,, stady tu biar habiss.. biar jelasss.. paham dengan sebenar-benar paham... bukan main cincai2 jaaaa...

so syida... do ur utmost best ok.. harapan keluarga, bangsa, agama n negara nih.. hahahhaha...

gagaga