Thursday, June 24, 2010

KELEBIHAN SOLAT DHUHA



Sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”


(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

SOLAT SUNAT DHUHA

• Solat dhuha adalah sembahyang sunat 2 rakaat atau lebih. Maksimanya 12 rakaat.

• Waktu mendirikan soalat dhuha ialah pada waktu pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi.


CARA MELAKSANAKANNYA:



1) Niat :

"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

2)Rakaat pertama baca Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Syams.


3) Rakaat kedua baca Surah al-Fatihah dan Surah Al-Dhuha.

4)Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali


Baca doa ini selesai solat



Maksudnya:


Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,

keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,

kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.

Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,

jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.


Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,

limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.





>

No comments:

Post a Comment

gagaga