Friday, October 29, 2010

report tautan ilmu titian kejayaan 2



Nama Program : Tautan Ilmu Titian Kejayaan 2


Tarikh Program : 22 Oktober 2010



Tempat Program : Kompleks Pengajian Jejawi 3 (Dragon)



Penganjur : Persatuan Pelajar PPK Bioproses


Kumpulan Sasaran/Peserta : Pelajar Sekolah Kebangsaan Sena dan beberapa orang pelajar
PPK Bioproses sebagai fasilitator dan urusetia



Pada pukul 8.30 pagi, ketibaan pelajar dari Sekolah Kebangsaan Sena. Para pelajar diberikan sarapan pagi. Program bermula pada jam 9.00 pagi di Bilik Seminar Kejuruteraan Bioproses dan dimulakan dengan ucapan oleh Timbalan Pengarah 2, Muhammad Fakhri bin Zainuddin. Seterusnya, ucapan daripada Timbalan Dekan Hal-ehwal pelajar dan alumni, En.Akmal Hadi. Aktiviti bermula dengan membahagikan para pelajar kepada 13 kumpulan yang terdiri daripada 9-10 orang pelajar sekolah dan seorang fasilitator. Semua pelajar dikehendaki berada dalam kumpulan masing-masing dan menjalankan sesi suai kenal antara fasilitator dengan pelajar sekolah. Selepas itu, program diteruskan dengan tayangan video yang dilakonkan oleh pelajar Kejuruteraan Bioproses mengenai kehidupan di asrama. Seterusnya, sesi kongsi pengalaman bersama bekas-bekas pelajar sekolah MRSM, SBP, sekolah harian, sekolah agama yang terdiri daripada pelajar PPK Bioproses. Aktiviti diteruskan dengan membuat lawatan sambil belajar ke makmal-makmal Kejuruteraan Bioproses. Para pelajar diberi masa rehat untuk makan dan minum. Pelbagai aktiviti yang dijalankan, antaranya ialah rubber band and straw, isi air dalam botol, balloon and body, boling selipar, ampaian gedik, putih manis, blow balloon, jom rasa, bite for win dan teka dalam envelope. Sepanjang aktiviti dijalankan, para pelajar kelihatan bersemangat dan gembira. Aktiviti berjalan lancar dari awal hingga akhir. Majlis berakhir dengan ucapan penutup oleh Pengarah Projek Tautan Ilmu Titian Kejayaan, Syahida Farhan binti Azha dan penyampaian cenderahati kepada para pelajar. Program berakhir dengan perasan gembira oleh semua fasilitator, urusetia dan pihak sekolah. Semua berpuas hati dengan program yang dijalankan.









timbalan pengarah bg ucapan : mohd fakhrie zainuddin



adik2 sekolah sena..









nih lah sy.. kakakakak.. ucapan penutup... malu eden..








as long as mereka enjoy n dapat bawak balik sedikit pengalamn abg2 n kakak2.. alhamdulillah.. sekarang.. hubungan kami bukan sampai di sini saja.. mereka duk add kami d fb.. huk89 advance betoi mereka.. apo2 pom.. adik2, belajar leklok naa.. kamu2 baru nk rasa apakah erti hidup yg sebenarnya.. selamat menempuh alam sekolah menengah lak noo..

No comments:

Post a Comment

gagaga