Monday, January 31, 2011

adikku di mesir, bagaimana dia sekarang?

astaghfirullahalazim


astaghfirullahalazim

astaghfirullahalazim

astaghfirullahalazim

setiap detik pada ketika ini... satu persatu blog yang sy baca...

semuanya menceritakan keadaan mesir yang makin teruk...

ALLAHUAKBAR..

bagaimanakah adikku di sana...
lost contack trus nih...
tadi.. umi suruh tolong bacakan berita2 yg berkait dengan rusuhan di mesir...
berita2 di blog nih sentiasa di update....
oleh mereka2 yang sangat prihatin tentang sahabat2, saudara mara n so on yg berada di sana...
sy lah salah seorang daripadanya...

makin baca..
makin risau di buatnya...
sy yang tulun bacakan untuk umi pom dah terasa sebaknya....
then tengok muka umi..
alahai ummie..
terpancar kesedihan, kerisauan di wajah umi...
dia sangat risaukan n bimbangkan anak nya...
kalau sy sdiri dah tersedu sedan ....
umi apatah lagi kan...
tp umi x tunjuk kan kesedihannya...
huhuhu...

aku mesti sorokkan kerisauan aku nih...
xleh tunjuk depan umi..
nnti umi lak yang tak tentu arah...
hoho....

syida.. kau mesti kuat hadapi nyaa..
kau seorang kakak, kau x boleh goyah dengan ujian ini...
kau mesti kuat seperti umi...

sekok sebok nyooo hati ini.... alahai hati...

kat bawah nih adalah article seorang blogger yg prihatin akan keadaan rakyat malaysia di mesir...

sy share yer tuan blog...

Ringkasan : Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo.

Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu, ingat Mesir…bunyi Arab tu semua aman…semua baik-baik ke? Dah jadi riot baru kecoh satu dunia.

1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir

huru hara di mesir

Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.

2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat

Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.

Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.

3. 5000 banduan terlepas dari penjara

Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…5000 banduan telah terlepas dari penjara. 5000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas? Dengar2 banduan pula spesies ganas2 yang terlepas.

Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.

sumber: http://goo.gl/KDkfI

4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak

Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.

Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.

5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan

Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie.

Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.

6. Airport, Balai Polis, Kereta diserang, dibakar

airport di bakar

Lapangan terbang diceroboh dan di serang, dan segala urusan penerbangan banyak yang terpaksa di batalkan atas sebab keselamatan. Yang selamat hanya mereka yang ada pesawat peribadi.

Balai-balai polis dan kereta serta kenderaan di jalanraya banyak yang dibakar oleh perusuh. Terdapat juga insiden pihak tentera melanggar perusuh dengan kereta.


ada sumber mengatakan bahawa rakyat malaysia di mesir hampir mencecah 10 000 orang.. itu satu jumlah yg cukop besar...


moga mereka semua selamat di sana..

kami di sini x henti menadah tangan memohonn pertolongan dari YANG MAHA ESA..

amin


No comments:

Post a Comment

gagaga