Sunday, January 30, 2011

tolong ingatkan sy yg saya masih kanak2.. hehe

Sudah layakkah aku untuk mula mencari teman hidup di kala usia 21 tahun ini??? Huhuhu... kontroversi betoi soklan.. Sekarang, aku berusia 21 tahun. Lama dah rupanya aku hidup atas muka bumi ALLAH SWT nih kan??? Dan bermacam-macam orang dah yang aku kenal... lelaki mahupun perempuan... oleh yang demikian, pada usia inilah soklan tentang mencari teman hidup dipersoalkan. Terutamanya di kalangan kawan-kawan perempuanku. Hehehe.. yang belah pihak laki tu.. aku tak tahu lah,, maybe mereka pun mula mengusha-usha kawan-kawan perempuan mereka.. hoho... tak kisah lah tentang mereka.. yang penting sekarang tentang diri aku..

Kehidupan di university telah banyak membuka minda dan otakku tentang ikatan atau pertalian antara lelaki dan perempuan. Kalau di sekolah menengah dulu, tak pernah pun fikir tentang hal ini. Mungkin aku belom matang untuk memikirkannya di samping dulu aku bersekolah disekolah yang hanya ada makhluk yang bernama perempuan sahaja.

Nampaknya sekarang aku sudah matang untuk mengkaji dengan lebih mendalam mengenai hidup aku di masa hadapan. Tentang siapakah pasangan hidupku.?? Bagaimanakah dia?? Baikkah dia?? Penyayang kah dia?? Caring kah???? Hahahhaa.. lawaklak bila pikir pasal nih... walaubagaimana pun, semua itu harus di fikir oleh aku sebagai seorang perempuan yang menginginkan sebuah kehidupan yang bahagia suatu masa nanti. Namun, inikah masa yang sesuai untuk aku memikirkannya??? Itu lah yang mahu aku kaji di sini. Ecececce..

Kenapa entah aku mula mempersoalkan tentang masalah ini??? Adakah kerana aku sudah bersedia untuk memiliki cinta seorang lelaki disamping cinta yang tak pernah putus daripada Penciptaku, rabbul jalil. Dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan n tahun ke tahun, aku sebenarnya dah menjangkau 3 tahun berada di university. Jadinya, dah pelbagai kehidupan manusia yang aku perhatikan. Contohnya, kawan-kawan terdekat aku pun, semakin hari, semakin ramai dah yang berpunya.. hehehhe.. nak tahu ker sapa??? Xyah lah.. dari yang hanya sebagai kawan biasa, tup2, tahu2 dah bercouple... ader jugak yang dari yang bercouple, tahu2 dah clash.. aduhai.. itu lah kehidupan.. adat bercinta... tapi, adakah adat bercinta jika putus sambung putus sambung tu?? Huhuhu.. wallahualam. Nih orang yang aku kenal.. yang aku tak knal lagi lah.. hari ni tengok si A ngan si B... esok tengok si A ngan si C pulop.. dan hari2 yang seterusnya lah..ehmmm. xsetianya mereka, xjujurnya mereka.. ohhhh.. tidakkkkkkkk

Dan di university ni lah aku pernah di approach untuk menjadi kekasih hatinya. Ecececcee... hek3, oppsss, secret terbongkar lak dah.. xpa lah... saja nk cerita. Aku diberitahu oleh nya sendiri yang dia suka kan aku.. hoho.. terkejut berok eden.. xpernah orang cakap gtu kat aku sebelum nih. Betoikah dia menyukai diri ini.. apakah reasonnya untuk menyukai aku.. dan aku sendiri pom dengan muka tak malunya pernah bertanya kepadanya apakah alasannya suka kan aku.. dan adelah jawapan yang diberikan.. hoho.. xleh gtau tuuu... lalalla... aku sendiri???? Adakah aku menyukai nya??? Entah.. aku tiada jawapan untuk itu.. sebab????

Sebenarnya, boleh jaa kalau aku nak terima dirinya, no problem, dia pom baik. Tp, aku dengan warasnya menolak untuk menjadi kekasih hatinya.. ini kerana aku pikir, masa masih panjang untuk itu... aku tak nak, menipu diri sendiri dengan mengatakan aku menyukai nya sedang kan hati aku sendiri tak tahu apa yang aku inginkan jika hubungan itu diteruskan.. aku tak mahu mengecewakan dia, aku tak mahu menyesal di kemudian hari... aku tak mahu melukakan hati seorang kawan yang aku hanya menganggapnya sebagai seorang kawan... aku berterima kaseh kepadanya kerana paham akan situasi aku.. sekarang kami kawan.. hehehe.. kan lebih baik begitu.. namun , jauh di sudut hatiku, jika dia adalah jodohku yang ditentukan ALLAH SWT, aku akur dan menerimanya dengan rasa syukur kepada ALLAH SWT. Hoho.

Aku sangat tersangat bersangat n sangat-sangat bersyukur kepada ALLAH SWT kerana aku dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang bersuasanakan Islam ... Aku di kelilingai oleh orang2 yang membawa dan memegang aku kepada jalan kebenaran. Mereka adalah ibu dan abahku, adik2 , saudara mara dan tak terlepas juga sahabat2 aku yang dikasihi lagi dicintai. Tak kira samaada sahabat sewaktu sekolah dulu mahupun sahabat di university. Aku bersyukur kerana semua kawan yang aku berkawan sekarang sekepala n seotak ngan aku... pada waktu otai, otailah kami, pada ketika rasa nak mengarut, mengarut lah kami... time belajar, maka belajar lah kami.. kami menjadi kami yang sebenarnya.. tiada selindung-selindung,,,, itulah berkawan kerana ALLAH SWT.. sangat bahagia dan gembira jika berkawan adalah kerana ALLAH SWT.. hee~~

Kehidupan di university sangatlah padat dari segi masanya. Hoho... keluar pagi, balik petang.. siapa kata hidup di university ini bleh relax jaa.. silap besaq tuh.. bizi kot.. ngan lab repot nya, esemen n tutorialnya, program2 kos lagi... banyakk lah projek2 yang nak kena buat... nak2 dah jadi senior nih.. huhu.. capek dong.. jadinya, dengan kebizian masa yang melanda diri ini... xsempat loh nak pikiaq lebih2 pasal soal mencari teman hidup nih... masing2 pom buat hal sendiri.. akan tetapieeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee, hihihi.. kalau masuk ja hari minggu, kami ramai2 berkumpul lah kat mana2.. then borak2 kosong..released tension lah kononya.. n then, pada waktu itu, keluarlah segala isi hati yang telah lama terbuku n membeku.. lalalalal... masing2 pom meluahkan isi hati yang telah lama tersimpan n terkatup... hahahah... ada yang lawak, yang pilu, yang sedeh, yang menunggu2, yang tertanya2, dan macam2 lah.. kalau yang dah ader pak we tuu, ceritalah pasal pak we nyaa,, klu yg blom, lain lak ceritanya... hihihi.. kami memang saling meluahkan antara satu sama lain.. no secret among us... hoho..

Nih lak nak cerita pasal nenekku.. dia suh aku cepat2 cari jodoh.. cari siap2 time dok university lagi.. hahaa.... green light nampak... heheehhe... ohh tidakk... itu tidak mungkin wahai nendaku yang disayangi lagi dikasihi... sebab??? Sebabnya adalah aku masih mempunyai dua orang mak sedara yg belom lagi kahwin even mereka dah menjangkau usia 30-an... aku xmau langkah bendol....xdop sapa suruh kau langkah bendol pom aihh... perasan lebih lah aku nih.... haaaa.. tu laaa... biar lah mereka cari jodoh mereka dulu... bapak2 sedara pom ader bertanya... ‘dah ader pakwer blom??? Hahaha.. aku dengan bangganya menjawab.. xder.. xminat aihhh.. bagus x jawapan tuuu???? Ececehhh..

Akan tetapi , pada hakikatnya.. semua itu tidak pernah menggoyahkan hati dan naluri ku untuk bercouple.. cukuplah sekadar masuk telinga kanan n keluar telinga kiri... aku sangat2 mahu mengelak dari berpacaran ketika di university walaupom ramai yang mengeneng2kan aku dengan si mereka yg bernama lelaki... aduih3.. kita sengeh jaa lah... mereka tidak paham apa yang aku paham.. semua nya salah di sisi agama sebenarnya... apa yang aku tahu.. couple itu haram... haram di sisi islam...

Silalah kawan2 membaca article di bawah ini.. aku copy nya dari seorang kawan jugak... baca dan hayati nya .. anda akan paham kenapa couple itu haram...


Tidak berdosa atau bersalah sekiranya kita menyimpan perasaan terhadap seseorang.. Islam itu turun kepada umat manusia dengan reda ALLAH, ALLAH mengetahui kehedak makhluknya, kita perlukan kasih saying. Perasaan sayang, kasih,cinta adalah fitrah, ia adalah suci, selagi mana ia tak melakukan maksiat. Tapi ingat, itu adalah zina hati.


Sabda Rasululllah s.a.w "Sudah ditentukan atas anak Adam - manusia - perihal bagiannya dari zina, ia akan mendapatkannya itu dengan pasti. Adapun kedua mata maka zinanya ialah melihat, Kedua telinga zinanya ialah mendengarkan. Lisan, zinanya iaiah berbicara, Tangan, zinanya ialah mengambil, Kaki, zinanya iaiah melangkah, Hati bernafsu dan menginginkan dan yang sedemikian itu akan dibenarkan oleh kemaluan atau didustakannya." (riwayat bukhari) / rujukan kitab riyadus salihin bab 290.


Hadis dia atas mengatakan zina hati,
firman ALLAH "janganlah kamu mendekati zina" al-isra 32…

sekiranya kita mencintai sesorng lalu smpai x solat, lakukan maksiat, pegang tngan, ciummm, peluk… (smpai terlalu asyik hingga melalaikan seseorang daripada ALLAH)… maka itu adalah haram dan sama sekali dilarang dalam islam..

KESIMPULANNYA … perasaan cinta itu adalah halal namun ia juga buleh memcacatkan ibadah sesorang (sbb x dapat kawal dengan iman)
Zina hati pulak bermksud kita angau tahap beruk… smpai terbyang2 dikelopak mata, dan minda kta (bayangkan dia, bentuk tubuhnya, auratnya).. apabila sudah berada dalm zon zina hati maka nafsunya akan disalurkan ketempat2 yg tidak sepatutnya… Maka terjadilah penzinaan… Ubat supaya jauh daripda zina hati adalah dengan nikah… dalm islam percintaan adalah fitrah, couple adalah HARAM… tak mau susah nikah cpat2 (^_*)

firman ALLAH ; "Katakanlah kepada orang-orang yang beriman itu, supaya mereka memejamkan mata mereka dan menjaga kemaluan mereka." (an-Nur: 30)

kesimpulan ke2... bagi mereka yg sedang megalami perassan itu.. janganlah gusar... ia adalah halal dan ia perlu dikawal dengan iman... berhati2 terhadap nafsu yg sentiasa mnghasut kita... IA ADALAH HALAL, NAMUN PERBUATAN YG TERLAHIR DARIPADA PERASAN (nafsu) ITU ADALAH HARAM!!!....

firman ALLAH s.w.t: "dijadikan indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yg diinginkan, berupa perempuan, anak-anak, harta benda yg bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda peliharaan, haiwan ternak dan ladang sawah. itulah kesenangan hidup di dunia dan disi ALLAH lah tempat kembali yang baik..ali-imran 14.

Bg sy biarkan perasan itu disitu, jgn kembangkannya, tutup dia leklok dan kunci ia dengan iman dan takwa kepada ALLAH... bila masa dah sesuai maka bukalah perasaan itu dengan kunci NIKAH.....(bla dilanda perasaan tersebut JANGANLAH KITA MELAFAZKANNYA KEPADA YANG DICINTAI, sekiranya kita tidak mampu bergelar suami.. jaga lah hati kita, jgn berbual tanpa perkara yg mustahak.. jauhkanlah sama sekali perbualan peribadi dan hindarkan diri berjumpaan tanpa hal-hal yg amat penting.. sekiranya kita sudah bersedia mnjadi suami, mka bukalah perasaan itu dengan ta'aruf dan nikah)

(rujukan Riyadus soleihin, Minhajul 'Abidin dan tafsir al-quran)... (^_^).

Hohohooo.. dah paham kah wahai kawan2????

Sudah layakkah aku untuk mula mencari teman hidup di kala usia 21 tahun ini??? Maka terjawab lah kan soklan aku di atas... sememang nya aku tidak layak sama sekali... sama sekali tidak... langsung tidak.. aku masih mempunyai banyak tanggung jawab yang harus aku laksanakan..aku anak sulung dalam keluarga.. ibu dan abah mengharapkan aku.. aku harus membalas jasa n bakti mereka dulu.. soal jodoh tu.. tolak tepi lah dulu... kalau dah tiba masanya, ia akan datang dengan sendiri.. xmau lah nak susah kan diri, beratkan otak nak cari2 nih... aku bukan bertawakkal tanpa berusaha, namun aku akan berusaha apabila ALLAH SWT telah memberiku petunjuk jodohku.. huhu... semoga cintaku pada ALLAH SWT melebihi cintaku pada makhluk lain... amin..

Sat , sikit ag nak tambah, aku juga pernah di dipersoalkan tentang jodoh nih oleh sepupu kesayangan ku.. dia laki lah.. dia cakap.. alah.. klu bukan sebab Islam menghalangnya, mesti dah couple kan?? Huhhuhu.. menusuk betoi kata2nya.. dan di dalam hati kecil ku ini, maybe.. maybe akan !!! iya lah.. mungkin ... sbb kita menganut agama yg suci ini.. jadi, kita kenalah mengikut ajaran yang disarankan.. xkan nak langgar syariat yang telah ditetapkan oleh NYA??? Mana mungkin itu berlaku.. ehmmmmmmmm....

Kata2 yg aku pegang...

~tiada percintaan sebelum perkahwinan~

~Matlamat sama sekali xboleh menghalalkan cara...~

~jangan jadi hipokrit syida.. hohooo..~~`

No comments:

Post a Comment

gagaga